Ahad, 21 Ogos 2011

الإمام الشافعى


الإمام الشافعى هو : أبو عبد الله، محمد بن إدريس بن العباس بن عثمان بن شافع بن السائب بن عبيد بن عبد يزيد بن هاشم بن المطلب بن عبد مناف. وعبد مناف بن قصى بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤى بن غالب بن فهر بن مالك بن النضر بن كنانة بن خزيمة بن مدركة بن إلياس بن مضر بن نزار بن معد بن عدنان. الذى يتصل نسبه بعدنان ويجتمع مع سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فى: عبد مناف. الذي هو الجد الثالث من أجداد النبى صلى الله عليه وسلم. والتاسع من أجداد الإمام الشافعى رضى الله عنه، والشافعى مطّلبى من جهة أبيه وهاشمى من جهات أمهات أجداده. وعلوى من جهة أمه. فأمه هى : فاطمة بنت عبد الله المحصن بن الحسن المثنى بن الحسن السبط بن على بن أبى طالب كرم الله وجهه. وقيل هي : فاطمة بنت عبد الله بنت الحسين بن على رضى الله عنه، ولد الشافعى بعسقلان بغزة سنة خمسين ومائة للهجرة فى شهر رجب وقيل فى شعبان مات أبوه وعمره سنتان. فذهبت به أمه إلى مكة المكرمة بلد آبائه فحفظ القرآن ثم بعثت به أمه إلى البادية فى قبيلة هذيل أفصح القبائل العربية. فحفظ شعر الهذليين وشعر الشنفرى. وقد لازمهم سبعة عشر عاما.

ولما عاد إلى مكة اختلف إلى حلقات العلم والدرس بالمسجد الحرام حتى أذن له مسلم بن خالد الزنجى بالفتوى. وقد دفعه طموحه إلى السفر إلى مدينة رسول الله صلى الله عليه وسلم وهناك تلقى العلم على كبار علمائها وخاصة الإمام مالك والإمام سفيان بن عيينة حتى أذن له الإمام مالك بالفتوى فسافر إلى بلاد العراق وفيها التقى بصاحبى الإمام أبى حنيفة رضى الله عنه وتلقى من علمهما الكثير ثم عاد إلى مكة ومنها سافر إلى اليمن مما مكنه من التعرف على ما عند الزيدية من مسائل العلم، وفى بلاد اليمن تولى منصب القضاء ثم استدعاه الرشيد لوشاية به واتهامه بالدعوى للعلويين فعاد إلى العراق. وقد نجاه الله تعالى من بطش الخليفة. والذي قربه منه.

وفى سنة 119ﻫ هاجر إلى مصر ونزل ضيفًا على بعض أقربائه بها ثم استضافه محمد بن عبد الله بن عبد الحكم القرشى كبير علماء المالكية بمصر.

وفى مصر عقد مجالس العلم فى شتى العلوم الشرعية وعلوم اللغة والأدب والشعر فى مسجد عمرو بن العاص رضى الله عنه. ثم صنف كتبه ومؤلفاته وإعادة كتابة بعض ماكتبه فى مكة والعراق.

وظل الإمام الشافعى رضى الله عنه بمصر حتى لقى ربه فى 29 من رجب 204ﻫ فشيعه المصريون إلى مثواه الأخير فى حزن عميق. ودفن بمكانه فى مسجده العامر، بمدينة القاهرة-رضى الله عنه

من الشعائر الإمام الشافعى رضى الله هو حسن الخلق

السكوت سلامة
قالو سكت قلت لهم ان الجاواب لباب الشر مفتاح
والصمت عن جاهل او احمق شرف وفية لصون العرض اصلاح
اما ترى الاسد تخشى وهى صامتا والكلب يخسى لعمر وهو نباح.


Terjemahan :

Nama sebenar Imam syafi’e ialah Abu ‘Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-'Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kilab bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin ‘Adnan [1]. Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah S.A.W pada ‘Abd Manaf. ‘Abd Manaf ialah datuk yang ketiga daripada datuk-datuk Nabi Muhammad dan kesembilan bagi Imam Syafi’e. Imam Syafi’e berketurunan Bani Mutallib daripada sebelah bapanya dan Bani Hashim dari sebelah keturunan ibunya. Serta Bani ‘Alwi dari sebelah ibunya juga. Nama ibu beliau ialah Fatimah binti ‘Abdullah Mukhsin bin Hasan bin Masna bin Hasan Sabt bin ‘Ali bin Abi Talib Karamullahu Wajhah. Ada pendapat lain mengatakan nama ibu beliau ialah Fatimah binti ‘Abdullah bin Hussin bin ‘Ali. Imam Syafi’e dilahirkan di ‘Asqalan yang terletak di Ghazzah Palestin pada tahun150 hijrah di dalam bulan Rejab dan dikatakan bapanya telah meninggal dunia pada bulan Sya’aban ketika beliau masih berumur dua tahun. Beliau dilahirkan di suatu tempat yang mana tempat wafatnya Hashim bin ‘Abdulllah Mutallib iaitu datuk Nabi Muhammad yang dikuburkan di sana sehingga tempat itu dipanggil Ghazzah Hashim[2]. Setelah itu ibunya telah membawa beliau ke Makkah di mana keluarga bapanya tinggal untuk menghafaz Al-Quran dan kemudian beliau telah dihantar oleh ibunya ke perkampungan Bani Huzail yang mana di sana merupakan satu tempat yang terpelihara Bahasa Arabnya daripada pengaruh luar. Di samping itu, beliau juga menghafaz syair orang-orang Bani Huzail dan Syair Asy-Syanfuri, beliau telah menetap di sana selama 17 tahun.

Beliau mempunyai 4 orang adik-beradik iaitu 2 orang lelaki dan dua orang perempuan. Abang sulungnya ‘Uthman Muhammad merupakan seorang Qadhi sesebuah Bandar yang dibesarkan di Syam. Kata Imam Ahmad b. Hanbal : Bapa kamu (bapa imam Syafi’e) adalah salah seorang daripada enam orang yang dituduh sebagai ahli sihir. Dan yang wanita pula bernama Fatimah dan Zainab. Adapun datuknya ‘Uthman dikira tergolong di antara para Tabi’in dan ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur membuat penghijrahan ke Palestin[3].

Setelah pulang ke Makkah beliau telah membuat pertemuan atau majlis ilmu dan pembelajaran di Masjidil Haram sehingga beliau telah dipanggil oleh Muslim bin Khalid Az-zinji untuk berfatwa. Beliau meneruskan cita-citanya dengan bermusafir ke Madinah dan di sana beliau belajar dan menuntut ilmu daripada ‘Ulama-‘Ulama besar terutama Imam Malik dan Imam Sufian bin ‘Aiyinah sehingga beliau dipanggil oleh Imam Malik untuk berfatwa. Selepas itu beliau telah bermusafir ke ‘Iraq dan di sana beliau telah berjumpa dengan sahabatnya Imam Abu Hanifah dan mempelajari serta menuntut ilmunya yang banyak. Kemudian beliau telah pulang ke Makkah dan dari sana beliau bermusafir ke Yaman yang mana satu tempat yang dikenali sebagai Az-zaidiah ( Tempat Golongan Syiah) untuk mencari ilmu. Di Negara Yaman beliau telah dilantik sebagai Qadhi kemudian satu fitnah ditimbulkan terhadap diri beliau sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid atas tuduhan Gabenor baru itu sering menerima kecaman daripada beliau kerana kekejaman dan kezalimannya. Maka beliau telah pulang ke ‘Iraq dan Allah telah menyelamatkan beliau daripada tohmahan dan fitnah Gabenor tersebut.

Pada tahun 199 hijrah beliau telah berpindah ke Mesir dan di sana beliau telah menerima tetamu dari sebahagian kaum kerabatnya dan seorang ‘Ulama besar Malikiah di Mesir iaitu Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakm Al-Qurasy.

Sewaktu di Mesir beliau sering mengadakan majlis-majlis ilmu dari pelbagai cabang ilmu seperti ilmu syariah, ilmu bahasa dan sastera, dan syair di Masjid ‘Amru bin ‘As. Dan kemudian beliau telah menulis kitab-kitabnya dan disebarkan serta diterbitkan sebahagiannya di ‘Iraq dan Makkah.

Beliau menetap di Mesir sehingga menghembuskan nafas yang terakhir di sana pada 29 Rejab 204 hijrah. Orang-orang Mesir telah mengajak semua kabilah ke tempat terakhir beliau dan mereka merasa sangat sedih akan permegian beliau. Beliau telah dikebumikan di Masjid ‘Amir di Madinah Kaherah.

Antara karya syair Imam Syafi’e ialah akhlak baik. Senyap atau berdiam itu selamat. Mereka berkata dan dia berkata bahawa menjawab itu kunci kepada kejahatan. Dan senyap daripada kejahilan adalah suatu kemuliaan. Dan senyap kerana menjaga maruah adalah suatu kebaikan. Apakah kamu tidak melihat akan singa itu apabila dia takut dia senyap dan anjing itu apabila dia takut dia menyalak.

…TAMAT…



[1] الرسالة للإمام الشافعى : 9

[2] الرسالة للإمام الشافعى : 10

[3] الرسالة للإمام الشافعى : 10-11

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Artikal Agama Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008