Isnin, 3 Ogos 2009

Kajian Politik Islam


Kepimpinan: Kuasa Bukan Senjata Utama

Erti

Kepimpinan merupakan salah satu perkara yang amat penting di dalam Islam. Rasulullah merupakan pemimpin yang harus bahkan wajib dicontohi. Oleh itu, perlu kita perhatikan zaman globalisasi ini, samada kepimpinan yang ditunjuk oleh Rasulullah itu diikut atau ditinggalkan. Sebagai kajian kes, saya mengambil Malaysia sebagai kajian kes. Malaysia ialah negara DEMOKRASI BERPELEMBAGAAN. Rasulullah membina sebuah negara berideologikan ISLAM.  Di sini, saya ingin menunjukkan beberapa perbezaan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan yang dijalankan sekarang.

 

1. Sebuah negara Islam yang berkepimpinan Islam WAJIB menerapkan dan menyebarkan SYARIAT ISLAM.

2. Sebuah negara Islam WAJIB dipimpin oleh SEORANG pemimpin dan dibantu oleh ahlijawatan kepimpinan negara Islam. Setiap individu yang memegang jawatan-jawatan ini wajib beragama ISLAM.

3. Sistem negara ISLAM ialah sistem yang diwarisi oleh Rasulullah iaitu Sistem Khilafah.

 

Berbeza dengan 'negara islam' yang ada di dunia ini sekarang:

 

1. Syariat Islam ditolak sepenuhnya ataupun diambil sebahagian sahaja. Tambahan pula, SYARIAT MAN-MADE pula yang diterapkan dan dipertahankan.

2. Dewasa ini, hampir 59 buah 'negara islam' dan 'pemimpin islam' yang wujud. Malah antara jawatan yang ada dipegang oleh orang bukan Islam atas dasar mengukuhkan perpaduan.

3. Sistem Khilafah ditolak bulat-bulat dan sistem demokrasi diterapkan dan dipertahankan.

 

Banyak lagi perbezaan antara kepimpinan yang Rasulullah wariskan dan kepimpinan yang diterapkan sekarang ini.

 

Adakah kita lupa bahawa Allah berfirman :

"Masuklah kamu ke dalam Islam itu secara keseluruhan"

Ayat ini merupakan peringatan kepada kita untuk mengambil semua ajaran Islam itu (syariat, akhlaq, ilmu) secara keseluruhan bukannya sebahagian. Tambah menyedihkan ada yang menolak malah menghina lagi.

Sebagai contoh ialah ucapan Dato' Dr. Masyitah:

"orang itu mencuri, adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja. takpelah! dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan, dok esok dia mencuri lagi, potong tangan kiri, lepas tu dia mencuri lagi, nak potong apa pun tak tau, potong kaki pulak, lepas tu dia mencuri lagi, curi dengan mulut la dah takde tangan! Adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan itu ke, ataupun kita nak bagi kat dia ruang macam mana dia boleh berniaga, bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan maka dia tak mencuri la, macam tu lah....."

(http://www.youtube.com/watch?v=SmGotTY4TB2g)

 

Allah juga berfirman, barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, mereka itulah orang-orang yang kafir.

 

Kedua ialah mengenai pemimpin. Rasulullah bersabda,

 " Sekiranya ada dua pemimpin pada satu masa, maka bunuhlah ath-thani (kedua)"

 

"Selepas aku tidak ada lagi rasul. Tetapi yang ada ialah para khalifah dan bilangan mereka ialah ramai"

 

Ini menunjukkan haramnya ada ramai khalifah pada satu masa . Namun, sekarang kita mempunyai 59 orang pemimpin islam. Dan bukan tugas kita untuk membunuh para pemimpin. Tugas kita segera kembalikan DAULAH ISLAMIYYAH yang berideologikan ISLAM yang menjalankan siste KHILAFAH yang dipimpin oleh seorang KHALIFAH. Kita perlu menyedarkan peminpin umat islam sekarang ini tentang wajibnya menerapkan syariat Islam.

 

Menyelusuri sejarah, DEMOKRASI ialah satu sistem pemerintahan rakyat yang lahir di Eropah selepas tamatnya Dark-Ages. Demokrasi ini bukan bererti memilih pemimpin mengikut pilihan majoriti. Tetapi demokrasi bererti memutuskan satu-satu undang-undang, hukuman mahupun peradilan mengikut suara majoriti. Ini jelas bertentangan dengan Islam di mana Allah sahajalah yang berhaq membuat undang-undang, hukuman mahupun peradilan. Inilah secara ringkas sejarah dan maksuk demokrasi ini. Insya-Allah, mungkin saifulislam boleh menjelaskan sejarah demokrasi.

 

Ingatlah seruan ke arah Khilafah ialah seruan hakiki. Oleh itu, kita wajib bersama-sama menegakkan yang haq dan menenggelamkan yang batil.

 

Tiada KEMULIAAN  tanpa ISLAM

Tak sempurna ISLAM tanpa SYARIAT

Tak kan tegak ISLAM tanpa DAULAH

DAULAH KHILAFAH RASYIDAH

 

LA 'IZZATA BILA ISLAM

WA LA ISLAMA BILA SYARI'AH

WA LA SYARI'ATA BILA DAULAH

DAULAH KHILAFAH RASYIDAH.

 

 


"Hendaklah kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kemungkaran, atau Allah akan memberikan kekuasaan kepada orang-orang jahat di antara kamu kemudian orang-orang baik di antara kamu berdoa lalu tidak dikabulkan oleh Allah." (Al-Hadis) 

"Jihad yang paling utama adalah menyerukan kebenaran kepada penguasa yang zalim." (Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah) 

Sejarah mencatat, ketika perlantikannya sebagai khalifah, Abu Bakar As-Siddiq r.a dengan lantang telah berkata, " sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kalian, padahal aku bukanlah orang yang terbaik di antara kalian. Apabila aku berbuat baik maka dokonglah aku dan apabila aku berbuat salah maka luruskanlah aku." Beliau lagi berkata, "taatilah aku selama aku berbuat taat kepada Allah dan rasul-Nya, jika aku berbuat maksiat kepada Allah dan rasul-Nya, maka tidak ada ketaatan kalian untuk aku."

Begitu juga amirul mukminin Saidina Umar al-Khattab r.a pada suatu hari selepas menerajui kepimpinan Negara Islam telah berpidato di atas mimbar, "wahai sekalian manusia. Barang siapa di antara kalian melihat aku melakukan kemaksiatan, atau menganjurkan ke arah kemaksiatan, maka perbetulkanlah." Kemudian, salah seorang di antara muslim yang ada di depannya bangkit dan berkata, "apabila kami melihat ada kesalahanan pada diri anda, dan pimpinan anda maka kami akan meluruskannya dengan pedang kami yang tajam." Saidina Umar terlihat sangat gembira dan berkata, "segala puji bagi Allah yang telah menjadikan di antara umat Muhammad orang-orang yang meluruskan kesalahan Umar dengan pedangnya."

Demikianlah nash syaria'at dan catatan sejarah menunjukkan bahawa sistem pembangkang, atau oposisi adalah sebuah kewajiban yang harus di lakukan oleh setiap mukmin terhadap penguasa dan pemimpinnya, apatah lagi kalau penguasa dan pemimpin itu melakukan jenayah dan maksiat, meski ia melibatkan pembohongan, pengkhianatan, pencercecaan dan penindasan kepada rakyatnya, atau kepada seorang dari rakyatnya. Manusia dengan seluruh anugerak kelebihan dan kekurangan yang dimilikinya sentiasa memiliki potensi berperilaku menyimpang. Menjadi lebih berbahaya ketika perilaku penyimpangan tersebut dilakukan tatkala dia berada di tampok kuasa sebuah kerajaan, atau ketika dia menjadi pemimpin. Dengan demikian, harus ada mekanismus atau sistem yang mampu mencegahnya dari penyimpangan yang berkelanjutan untuk meredakan pengaruh negatif yang ditimbulkannya, baik bagi dirinya secara peribadi dan bagi umat yang dipimpinnya.

Kembali kepada isu Pakcik Badai, tempelan gelar buat 'Imam Firdaus' sebagai 'imam duit' ialah merujuk kepada pembawaan parti yang diwakilinya, yang menyatakan dengan jelas hubungan itu, sejak dari konvensyen pertama UMNO sehingga sekarang, apabila dalam permesyuratan UMNO pada peringkat nasional belum habis berbincang tentang isu rasuah. Dari era Tunku kepada era Razak, sehingga dari generasi Mirzan lewat singgah ke generasi Kamaluddin. Penangkapan dan suara tentang rasuah berlaku dalam kancah pemilu seperti yang terjadi di Johor, meski belum disahkan, namun angin-angin ini menjelaskan kebudayaan politik yang dibawa oleh UMNO maka sebab itu UMNO pada setiap kali perhimpunan agungnya membangkitkan soal ini dan setiap Perdana menteri yang baru, akan memulakan tugasnya, dan melancarkan misinya untuk menghapuskan rasuah. Pakcik Badai boleh merujuk semua teks ucapan PM dari zaman Gemulah Tunku sampai ke Zaman Pak Lah, pada hari perlantikan mereka, dan beberapa hari selepas mengetuai kerajaan BN, mereka akan menyebut untuk menghapuskan rasuah. Apakah selama hampir 50 tahun Malaysia merdeka dan telah beroleh 5 PM, kerakusan rasuah ini tidak pernah mengundur? Kita beri cabaran kepada Kamaluddin, seandai dia adalah kita, biar dia buka sebuah kedai runcit di kampung, dan kita akan nanti apakah dalam sehari ia akan jadi supermarket yang setanding dengan Macro. Begitu juga dengan isu Mashitah dilabel sebagai 'gila tanah' bukan soal peribadi. Tetapi soal organisasi. Mungkin Pakcik Badai boleh membuat kajian dengan pergi ke Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan, dan mungkin Terengganu dan semak daftar pengagihan tanah negeri dari tahun 1957 hingga 1980, di mana ketika itu kebanyakan negeri diperintah oleh BN. Dan analisis kepada data tersebut secara terperinci dan akan dilihat bahwa ia jatuh kepada pemilikan siapa? Tanah di Tok Bali kelantan, ialah sebuah tanah yang tidak bernilai, tetapi berhampiran pantai, maka dengan pertumbuhan pembangunan nelayan pada tahun 1999 ia telah mendapat tempat. Maka ramailah orang Kelantan ingin membeli tanahnya lalu ke Pejabat Negeri. Di Pejabat Negeri, dibuat semakan, lantas kedapatan semua tanah pesisir pantai telah dipunyai oleh sekumpulan pembeli pada tahun 1980an, dan kebanyakannya dari negeri lain, dan kebanyakannya adalah orang yang mewakili sebuah parti politik ketika di mana mereka menguasai kerajaan. Kajian ini boleh diperolehi di perpustakaan, atau terus ke Pejabat Tanah Kelantan untuk mendapatkan rekod asalnya.

Jika kata-kata kepada Imam Firdaus, Mashitah, dan yang lain itu bersifat serangan peribadi, persoalannya ia dilaporkan oleh media... dan media 100 peratus songsang berpihak kepada mana-mana kumpulan dan bertindak tidak rasional. Justeru itu Pakcik Badai juga harus membandingkan dengan kata-kata kepada Ustaz Nik Aziz sebagai 'Tok Guru Samseng', ' Tok Guru Sewel' dan kata-kata kepada Ustaz Hadi sebagai 'Broker Hutan...' Apakah kata-kata kepada Anwar Ibrahim dengan melabelnya 'kaki bontot' dan segala macam boleh dimaafkan lantaran mereka ini bukan orang UMNO? Apakah segala macam perbuatan terhadap Anwar Ibrahim menjadi halal dari segi Rukun Islam dan Rukun Iman kerana dia pembangkang? Bukan soal kata-kata kerana ia dilakukan oleh semua. Lihat bagaimana Pak Lah menyebut dalam janji terbarunya kepada Terengganu bahwa beliau akan majukan Terengganu sehingga ke paras tidak pernah tergambar oleh rakyatnya? Apakah ini juga bukan kata-kata yang menghina kerana selama ini, selama 40 tahun BN memerintah Terengganu sebelum PAS ambil alih 4 tahun lalu tidak cukup masa untuk mereka membangunkan Terengganu? Apakah bodoh benar Tunku, Razak, Hussein dan Mahahthir lantaran gagal memajukan Terengganu sedangkan pada masa itu tidak ada satupun kerusi pembangkang di Terengganu. Terengganu yang kaya dengan minyak dan segala macam terbiar dan sengsara, lalu bila rakyat memilih oposisi kenapa pula baru tergadah menawarkan sesuatu yang imaginasi?

Di sini yang kita sendiri harus waras. Harus rasional. Jika PAS sendiri, atau apa saja partai yang menang, dan memerintah Malaysia selama 40 tahun dan gagal, di mana masih banyak rakyat yang tidak mendapat pendidikan dengan baik, universiti dan sekolah dihalang melakukan kerja dan asa membangunkan fikrah dan akidah manusia, rasuah berleluasa, dan segala masalah sosial terjadi, penentangan akan tetap terjadi. Tidak kira siapa. Tidak kira partai apa. Kewarasan berpolitik ialah kebijakan menilai di mana kita tidak menyokong mana-mana yang membawa agenda kekayaan dan kekuasaan peribadi dan anak beranak, sebaliknya menjaga negara. Lihat di Eropa, di Sepanyol, cuma kesilapan Aznar ialah mengirimkan tentera sedang 90 peratus publik menolaknya. Dan sekarang rakyat menentukan kuasa publik dengan membuangnya. Begitu juga di Malaysia. Sudah letih kita. Sudah hampir tidak betul kita. Sudah sakit kita tentang rasuah di peringkat nasional. sehingga untuk membeli sebidang tanah harus ada tandatangan YB. Untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh harus ada tandatangan Putri. Dari biasiswa menjadi pinjaman, dari percuma harus dibayar dan segala macam 'kebulian' dan 'kemafiaan' terjadi. Tanah utk dibuat jalan dari KL sampai Johor Bahru asalnya milik kerajaan, kemudian di beri kepada PLUS, dan jadi harta PLUS, lalu kerajaan bayar kepada PLUS utk buat jalan, dan PLUS kenakan tol masuk kocek mereka dari rakyat. Persoalannya bukankah tanah itu percuma? Bukankah duit itu dari tabungan negara? kenapa pula PLUS harus mengutipnya, sedangkan tidak ada modalpun dari mereka? Jika ini hipotesis sila pergi ke Perpustakaan Universiti Malaya dan baca analisis yang pernah dibuat oleh pelajar kejuruteraan tentang penyelewengan di dalam sistem jalanraya Malaysia. Ini belum kita bincangkan pengagihan itu dan ini, dan paling mudah ialah apakah tidak zalim bagi sebuah kerajaan menidakkan hak rakyat untuk hidup senang? Lihat isu cukai kereta, keadaan rumah pangsa yang macam bilik kambing, dan segalanya. Sila pergi ke Kerinchi dan ada sebuah rumah pangsa di sana dibina oleh DBKL tanpa bilik... habis binatangkah yang akan diam di situ? bagaimana ayah dan ibu hendak bermalam? Anak-anak ingin membesar? Bukan ini kejam?

Nah... hasil dari ketidakwarasan ekoposial dari sistem yang dinoda oleh partai, menjadikan kerajaan tidak berdaya, lalu hal inilah yang kita gerakkan untuk membetulkannya dengan waras. Oleh kerana sistem demokrasi Malaysia menghalang rakyat bersuara sebagaimana kedudukan istimewa rakyat di Sepanyol, dan misi memilih lebih terhad sekadar pada pilihanraya susunan SPR, lalu tidak ada jalan lain, kita suarakan kepada parti pembangkang, jika mereka menang, tolong baikikan, jika tidak mereka juga akan ditentang. Ini nilainya. Ini prinsipnya. Bukan kita tunduk kepada sesuatu sehingga melebihi ketaatan kita kepada akal bijak kita sendiri.

Yang kita mahukan ialah kerajaan yang bijak dan adil, bukan parti yang menjadi penguasa. Melakukan penipuan (ayat, kata-kata maupun tindakan).

Cuba jadi orang yang melihat. Bayangkan kita seorang anak di Terengganu. Sejak kecil ia melihat kayanya negeri dia, tetapi sekarang dia sudah berkahwin dan mempunyai anak juga, dia tetap miskin seperti sebelumnya. Dan negerinya yang konon kaya itu tetap gobrok... maka kita nilai apa yang telah dibuat oleh pemerintah terdulu selama puluhan tahun, apakah sekadar menghabiskan masa dan duit sahaja? Inilah isunya. PAS cuma memerintah 4 tahun, berbanding UMNO selama 40 tahun. Jika PAS gagal maka tidak heran, tetapi jika UMNO gagal, ia sungguh ganjil sekali lantaran durasi 40 tahun bukan pendek tetapi lama, jika manusia ia sudah masuk ke era yang disebut 'bila umur 40, jika tidak berubah, maka tak akan berubah lagi...'.


Doa Untuk Permudahkan Hafalan


MOHON MUDAH HAFAL ILMU

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (daripada mereka berdua). Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak dan Kami mudahkan gunung-gunung dan unggas memuji kami bersama Nabi Daud
dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Wahai Tuhan yang hidup; wahai Tuhan yang berdiri dengan sendirinya; wahai Tuhan Nabi Musa; wahai Tuhan Nabi Harun; wahai Tuhan Nabi Ibrahim; wahai Tuhan Nabi Muhammad, muliakan dan kurniakanlah aku nur kefahaman
dan kurniakanlah aku ilmu dan hikmah dan akal yang sempurna dengan berkat nama-nama Mu wahai Tuhan Yang Mulia; Ya Allah, curahkanlah keselamatan dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat baginda sekalian.






MOHON TERBUKA HATI DAN MEMAHAMI ILMU

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah aku
daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kerahmatan, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu,
berikanlah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan dan
mudahkanlah bagiku pintu kurniaan Mu, wahai Yang Maha Penyayang.



MOHON TIDAK LUPA ILMU

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi-nabi dan hafalan rasul dan ilham kalangan malaikat yang hampir (dengan Mu). Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukakanlah hatiku seperti orang yang arif.

Ya Allah, aku pertaruhkan kepada Mu apa yang Engkau tahu mengenai sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku
kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu mengenai diriku, wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.

DOA BELAJAR

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku sebagaimana orang yang arif, kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi-nabi dan ilham kalangan malaikat yang hampir denganMu, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.


 

Artikal Agama Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008